Azizee.

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang menerima dua laporan berhubung pautan video di Facebook menggunakan nama Akmal Saleh (Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh) yang tular dipercayai mengandungi kenyataan berunsur kebencian (hate content).

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, laporan pertama diterima di Bukit Mertajam pada 12 Ogos lalu, diikuti laporan kedua daripada orang awam di negeri ini.

Menurut beliau, kandungan video tersebut dipercayai boleh menimbulkan kegusaran masyarakat setempat serta menggugat ketenteraman awam.

“Berikutan itu, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Siasatan awal dijalankan oleh Polis Pulau Pinang sebelum kes diambil alih oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman pada 15 Ogos,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Media semalam melaporkan DAP Pulau Pinang menggesa pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamamd Akmal Salleh berhubung perarakan yang diketuainya di diadakan di Taman Bertam Permata di sini.

Pengerusinya, Steven Sim Chee Keong berkata, perarakan itu jelas mengingkari arahan Ketua Polis Negeri, Datuk Azizee Ismail dan melanggar undang-undang, selain bertujuan memprovokasi hingga menggugat ketenteraman awam.

Terdahulu, lebih 500 anak muda daripada Pemuda UMNO, Armada Bersatu dan Pas hari ini, berarak bersama mengibarkan Jalur Gemilang sejauh 1.4 kilometer sebagai simbol perpaduan mempertahankan maruah bendera negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast