Yang di-Pertuan Agong memeriksa Perbarisan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas Ke-60 di Kem Iskandar, Mersing pada hari ini.

KUALA LUMPUR- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menegur mengenai cara pemakaian beret kehormat dan lencana kehormat pada pakaian seragam tentera.

Sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), bagind bertitah, semua beret dan lencana yang dipakai, menunjukkan kemahiran, kelayakan dan identiti sebenar pemakainya, bukan sekadar hiasan.

“Sebagai contoh, saya sendiri telah lulus latihan Special Forces dan payung terjun di Fort Bragg, Amerika Syarikat. Jadi saya layak untuk memakai lencana tersebut pada pakaian seragam saya.

“Tetapi, jika awak hanya penerima lencana kehormat, ia hanya boleh dipakai pada acara tersebut sahaja bukan untuk melawa setiap hari. Oleh itu, kepada yang tidak layak untuk memakainya… awak tahu apa yang patut dibuat.

“Pagi ini saya tegur sedikit sahaja, siapa yang makan cili dia yang rasa pedas,” titah Seri Paduka Baginda sempena Perbarisan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas Ke-60 di Kem Iskandar, Mersing pada hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast