Bangunan Kementerian Kewangan di Putrajaya.

KUALA LUMPUR – Pengecualian cukai perkhidmatan ke atas penyewaan kapal dan pesawat udara tidak dibuat secara senyap-senyap, kata Kementerian Kewangan.

Sebaliknya, pemakluman rasmi telah dibuat melalui Dasar Cukai Perkhidmatan Bil. 2/2025 (Pindaan No. 1) yang dimuat naik di portal MySST Jabatan Kastam Diraja
Malaysia pada 24 Julai 2025.

Pengecualian ini diberikan kerana dua sebab utama iaitu mengelak pendaftaran di luar negara.

Menurutna, pengenaan cukai boleh mendorong pemilik kapal/pesawat tempatan untuk berdaftar di luar negara, sekali gus mengurangkan aktiviti ekonomi dan pelancongan di Malaysia.

Yang kedua bagi mengekalkan daya saing industri tempatan kerana negara jiran tidak mengenakan cukai yang sama.

Oleh itu tanpa pengecualian, pelanggan mungkin beralih kepada perkapalan atau penerbangan luar negara, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kementerian Kewangan menambah, pengecualian ini khusus untuk industri penerbangan dan maritim, yang mempunyai peranan penting dalam rantaian bekalan, pelancongan, dan ekonomi negara.

Ia tidak terpakai kepada sewaan kenderaan seperti kereta, bas, atau premis perniagaan yang berbeza sifat penggunaannya, ujar kementerian ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast