Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail di Istana Bukit Tunku, hari ini.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail di Istana Bukit Tunku, ibu negara, hari ini.

Khalid turut diiringi Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ibrahim Darus dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk M Kumar.

Ia merupakan pertemuan pertama bagi Ibrahim dan Kumar sejak memulakan portfolio baharu masing-masing dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam pertemuan itu, Yang di-Pertuan Agong dipersembah maklum tentang isu-isu semasa PDRM dan keselamatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast