KUANTAN – Seorang kanak-kanak perempuan maut dalam nahas membabitkan sebuah lori muatan sawit dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (SUV) di Kampung Besul, Jalan Jerantut menghala ke Tembeling hari ini.
Menurut Pegawai Perhubungan Awam Bomba Pahang, Zulfadli Zakaria, lima lagi mangsa terlibat dalam kemalangan mengalami kecederaan.
“Terdapat lima penumpang yang menaiki SUV jenis Outlander termasuk mangsa. Pasukan bomba sampai di lokasi dan membuat pemeriksaan mendapati semua mangsa tidak tersepit.
“Pasukan bomba mengeluarkan mangsa berusia 14 tahun yang meninggal dunia setelah disahkan petugas kesihatan KKM,” katanya dalam kenyataan.
Tambah Zulfadli, jenazah mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut. – MalaysiaGazette
















