Allahyarham Zara Qairina Mahathir

KOTA KINABALU – Mahkamah Majistret di sini menetapkan sebutan inkues berhubung kematian pelajar Zara Qairina Mahathir pada 9 pagi esok.

Peguam Hamid Ismail yang mewakili ibu mangsa Noraidah Lamat, 45, mengesahkan perkara itu kepada Bernama hari ini, dan memaklumkan beliau telah dimaklumkan mengenai prosiding berkenaan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Ya, benar esok (inkues),” katanya sambil menjelaskan prosiding itu hanya untuk sebutan.

Pada Rabu, AGC memutuskan untuk mengadakan prosiding inkues berhubung kematian Zara Qairina, 13, selepas meneliti laporan siasatan dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, di sini pada 17 Julai, selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar pada pagi 16 Julai.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast