Ruben Amorim. Foto BBC.
LONDON – Manchester United tewas 0 – 1 kepada Arsenal dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford awal pagi tadi namun Ruben Amorim menegaskan pasukannya tampil sebagai pasukan yang lebih baik daripada pasukan lawan sepanjang 90 minit masa permainan.
Pengendali kelahiran Portugal itu berkata, anak buahnya layak mendapat lebih daripada itu dan jelas sekali mereka menguasai permaianan daripada pelawat namun akhirnya terpaksa menerima kekalahan.
Amorim turut memuji keberanian skuad gandingan baharu di jentera serangan, Bryan Mbeumo dan Matheus Cunha yang memberi impak besar dalam penampilan sulung mereka.
“Kami perlu memperbaiki banyak perkara khususnya ketika bertahan dalam situasi bola mati dan banyak perkara sudah kami lakukan dengan baik tetapi masih ada yang perlu dipertingkatkan.
“Bagaimanapun, saya sangat bangga dengan para pemain United dan kami bermain dengan lebih agresif dan berani.
“Dalam detik-detik tertentu, Bryan dan Cunha banyak membantu dan kami terus kekal dengan perancangan walaupun suasana di stadium semakin tegang,” katanya pada sidang media selepas perlawanan berakhir.

Sementara itu, Amorim tampil mempertahankan penjaga gol United, Altay Bayindir dan menegaskan gol kemenangan jaringan Riccardo Calafiori sepatutnya dibatalkan.Dia memilih Bayindir berbanding Andre Onana namun penjaga gol Turkiye itu melakukan kesilapan apabila terlalu mudah ditewaskan William Saliba, membolehkan Calafiori menanduk masuk gol mudah.

Onana juga pernah melakukan kesilapan besar, hingga timbul spekulasi The Red Devils mungkin akan mencari penjaga gol utama baharu pada musim panas ini. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast