Mohamed Khaled.

BATU FERRINGHI – Negara-negara ASEAN diseru memperkukuh solidariti dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan perairan serantau berdepan cabaran maritim yang semakin kompleks.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, cabaran itu merangkumi persaingan kuasa tradisional, pertikaian wilayah serta ancaman bukan tradisional seperti penangkapan ikan secara haram, pencerobohan siber dan penyebaran maklumat palsu.

“Tiada satu pun angkatan laut, agensi atau kerajaan di rantau ini yang mampu menangani ancaman tersebut secara bersendirian. Tindak balas kita tidak boleh berpecah-belah tetapi mesti bersatu, tegas dan berpandangan jauh ke hadapan,” katanya.

Mesyuarat Panglima-Panglima Tentera Laut ASEAN (ANCM) ke-19 dipengerusikan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Tan Sri Dr. Zulhelmy Ithnain.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pasa Majlis Perasmian Mesyuarat Panglima-Panglima Tentera Laut ASEAN (ANCM) ke-19 di sini hari ini.

Mesyuarat lima hari itu dipengerusikan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Tan Sri Dr. Zulhelmy Ithnain dan menghimpunkan 88 delegasi tentera laut dari 10 negara ASEAN dengan penglibatan 10 kapal tentera.

Mengulas lanjut Mohamed Khaled berkata, ASEAN seharusnya kekal menjadi sauh kepada ketertiban maritim dalam mendepani cabaran zon kelabu termasuk pencerobohan asing, paksaan maritim dan usaha halus melemahkan kedaulatan.

“Undang-undang antarabangsa, khususnya Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982 mesti dijadikan asas kepada kerjasama maritim ASEAN,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast