Seramai lima individu dicekup dalam serbuan Ops Noda di sebuah hotel di sekitar bandar Lahad Datu, Sabah, semalam.
Operasi yang dijalankan kira-kira jam 9.30 malam itu menahan tiga lelaki dan dua wanita, kesemuanya berusia 18 tahun, selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pelacuran.















