Home Nasional Polis buru lelaki Indonesia tikam isteri di Banting

Polis buru lelaki Indonesia tikam isteri di Banting

KUALA LUMPUR – Pihak polis kini sedang giat mengesan seorang lelaki warganegara Indonesia yang menikam isterinya yang juga warga Indonesia.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supt Mohd Akmalrizal Radzi berkata, dalam kejadian yang berlaku kira-kira 8.50 pagi tadi di Jalan Redan Kanchong Darat, Banting Selangor, mangsa telah mengalami pendarahan dalaman akibat ditikan di bahagian kiri perut.

Katanya, mangsa yang berusia 44 tahun telah dibawa ke unit kecemasan zon merah Hospital Banting dan akan dibawa ke bilik bedah untuk rawatan lanjut.

“Pihak polis telah menghubungi pasukan forensik daripada Ibu Pejabat Kontinjen Selangor dan Unit K9 Bukit Aman untuk bantuan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Menurut beliau, pihaknya kini sedang giat mengesan suspek.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut diminta untuk tampil ke balai polis berdekatan bagi menyalurkan maklumat dan boleh menghubungi bilik gerakan IPD Kuala Langat di talian 03-31872222. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast