KDNK Terengganu
Ahmad Samsuri Mokhtar

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengesahkan akan mempertahankan jawatan itu pada pemilihan parti bulan depan.

Menteri Besar Terengganu itu turut merakaman penghargaan terima kasih selepas menerima pencalonan daripada kawasan-kawasan parti.

“Ya, saya sebagai incumbent (penyandang), Insya-Allah saya akan mempertahankan jawatan ini.

“Saya berterima kasih atas pencalonan yang diberikan oleh kawasan-kawasan,” katanya menerusi satu hantaran video di laman sosial rasminya, semalam.

“Buat masa ini saya tidak pasti tarikh akhir, tetapi saya rasa sekurang-kurangnya seminggu lagi tempoh diberikan,” katanya.

Muktamar Tahunan Pas Kali ke-71 akan diadakan di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut dari 11 hingga 16 September ini.

Muktamar kali ini dilaksanakan selama enam hari kerana Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) dan Muktamar Dewan Muslimat Pas Pusat (DMPP) juga akan diadakan di lokasi sama.

Muktamar DPPP pada 11-12 September, Muktamar DMPP pada 13-14 September manakala Muktamar Pas Pusat pada 15 dan 16 September.

Pada 13 September 2025 di tempat yang berbeza; Muktamar Dewan Ulamak Pas Pusat akan diadakan di Darul Hadis, Kampung Tok Keling, Alor Setar; Konvensyen Dewan Himpunan Pendukung Pas Pusat pula akan diadakan pada tarikh yang sama di Gandhi Hall, Sungai Petani manakala Konvensyen Sidang As-Sabiqun Pas Pusat masih belum dimuktamadkan lokasinya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast