Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini meluluskan tiga usul Kementerian Kewangan dengan majoriti suara menyokong.

Usul berkenaan melibatkan sumbangan Malaysia kepada Program Dana Ke-21 Persatuan Pembangunan Antarabangsa, penutupan Kumpulan Wang Amanah Bantuan Kewangan Mangsa Serangan Binatang Buas dan pemindahan wang Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) ke Kumpulan Wang Pembangunan (KWP).

Terdahulu, usul itu dibacakan oleh Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Bagi usul MGII, resolusi dibentangkan bagi membolehkan kerajaan memindahkan baki terimaan MGII sebanyak RM30 bilion bagi tempoh Januari hingga Julai 2025 ke KWP mengikut subseksyen 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275].

Pindahan itu bertujuan membiayai sebahagian keperluan perbelanjaan pembangunan negara. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast