Datuk Fadil Marsus

KUALA LUMPUR – Polis menahan lebih 400 indvidu dipercayai ahli sindiket penipuan bagi membantu siasatan berhubung serbuan dilakukan di ibu negara, kelmarin.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, namun enggan mengulas lanjut susulan tangkapan yang ramai.

“Saya sahkan perkara itu berlaku dan satu sidang media akan dilakukan dalam masa terdekat ini,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Lebih 400 individu dipercayai ahli sindiket penipuan ditahan di Bangsar South, kelmarin.

Semalam, akbar tempatan China Press melaporkan serbuan polis menumpaskan sindiket perjudian dan penipuan dalam talian terbesar di ibu negara selepas menahan lebih 100 individu dalam serbuan di sebuah menara komersial di Bangsar South.

Akhbar itu melaporkan, operasi berkenaan dijalankan ke atas sekurang-kurangnya lima tingkat bangunan yang dipercayai menempatkan pusat panggilan sindiket tersebut.

Difahamkan, kumpulan lelaki dan wanita yang ditahan dibawa dengan tujuh trak polis secara berperingkat ke balai berhampiran untuk siasatan lanjut.

Wartawan akhbar itu yang turut berada di lokasi memaklumkan operasi masih berterusan sehingga lewat petang apabila lima lagi trak digunakan untuk membawa tambahan suspek.

Tangkapan itu turut mencetuskan spekulasi di media sosial yang mendakwa bangunan terbabit mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat atau broker dalam talian.

Syarikat itu didakwa tidak memiliki lesen Bank Negara Malaysia (BNM) selain berdepan rungutan pelanggan yang gagal mengeluarkan wang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast