Jose Mourinho . foto Facebook Fenerbahce

ISTANBUL – Fenerbahce menamatkan kontrak Jose Mourinho selepas pasukan kelab Turkiye itu tersingkir daripada Liga Juara-Juara pada peringkat play-off apabila tewas dengan agregat 1-0 kepada Benfica awal pagi tadi.

Keputusan itu  sekali gus menyaksikan tempoh singkat setahun Mourinho mengendalikan kelab Turki itu.

Bagaimanapun, kelab berpengkalan di Istanbul itu dalam kenyataannya tidak mengumumkan siapa penggantinya.

Mourinho yang berusia 62 tahun menyertai Fenerbahce pada Julai tahun lalu selepas meninggalkan AS Roma.

Fenerbahce berkata, mereka bersetuju secara bersama untuk menamatkan kontrak dengan Mourinho biarpun sedang memburu kejuaraan Turkish Super Lig pertama mereka sejak 2014

Ketika tiba awal musim panas lalu, bekas pengurus Chelsea, Real Madrid dan Manchester United itu disambut oleh ribuan penyokong ketika tiba di Istanbul dengan harapan tinggi untuk menamatkan dominasi Galatasaray.

Namun, permulaan musim yang tidak konsisten dan prestasi lemah di peringkat Eropah menyebabkan kedudukan Mourinho terancam. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast