SEGAMAT – Daerah ini sekali lagi dilanda gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 pada pukul 4.24 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memberitahu, gegaran itu berlaku pada jarak 22 kilometer (km) timur laut dari Segamat dengan kedalaman 10 km.
“Gegaran dirasai di Johor. Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut kenyataan tersebut.
Gegaran itu merupakan yang terbaharu di daerah ini selepas berlaku pukul 7.56 malam tadi dengan magnitud 2.5.
Rabu lalu, gempa bumi lemah berukuran 3.2 magnitud berlaku pada pukul 8.59 pagi di daerah ini dengan gegaran dilapor dirasai beberapa kawasan di negeri ini serta selatan Pahang.
Sebelum itu pada 24 Ogos lalu, MetMalaysia mengesahkan gempa bumi lemah berlaku di daerah ini pada pukul 6.13 pagi dengan kekuatan magnitud 4.1.
Ini disusuli gegaran kedua pukul 9 pagi di Yong Peng, 28 kilometer (km) di barat laut Kluang dengan magnitud 2.8 pada kedalaman 10 km.- MalaysiaGazette