Goh Sze Fei-Nur Izzuddin. Foto Facebook BAM.

KUALA LUMPUR – Langkah beregu profesional lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani terhenti awal apabila terkandas di pusingan ketiga Kejohanan Dunia selepas tewas kepada beregu Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan di Adidas Arena, Paris, Perancis hari ini.

Sze Fei-Izzuddin yang berada di ranking ketiga dunia akur dengan kekalahan 20-22, 21-15, 21-23 yang berlangsung dramatik dalam tempoh 50 minit.

Kekalahan itu juga menamatkan rekod sempurna pasangan negara itu yang sebelum ini mendominasi pertemuan dengan tiga kemenangan daripada empat pertemuan menentang pasangan di ranking ke-18 dunia berkenaan.

Sze Fei-Izzuddin tidak beraksi ketika kejohanan sama di Denmark dua tahun lalu.

Pernah bergelar beregu nombor satu dunia pada Mei lalu, pasangan ini turun dengan reputasi tinggi selepas merangkul beberapa kejuaraan besar sepanjang karier mereka.

Antara pencapaian terbaik mereka termasuk menjuarai Terbuka India awal tahun ini, selain turut muncul juara Terbuka Artik, Terbuka China dan Terbuka Jepun pada tahun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast