Demonstrasi yang berlaku di Jakarta. foto media sosial

JAKARTA – Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sedang memantau rapi perkembangan terkini susulan beberapa siri demonstrasi yang bermula Isnin di kawasan Senayan, Jakarta Pusat.

Dalam satu kenyataan, kedutaan berkata demonstrasi berkenaan telah memberi kesan terhadap aliran trafik dengan penutupan beberapa lokasi khususnya di Jakarta Selatan dan Jakarta Pusat.

Sehubungan itu, ia menggesa rakyat Malaysia yang bermastautin di Jakarta atau yang berkunjung atas urusan pelancongan, perniagaan dan sebagainya sentiasa memantau perkembangan lokasi aktiviti demonstrasi melalui pengumuman pihak berkuasa tempatan dan media.

“Warganegara Malaysia juga dinasihatkan untuk menghindari lokasi demonstrasi dan tidak melibatkan diri dalam apa jua tindakan yang menyalahi undang-undang tempatan,” menurut kedutaan dalam kenyataan.

Bagi sebarang bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi kedutaan menerusi talian +62813 8081 3036. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast