Pertanyaan itu dibuat Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi selepas Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan belum menerima laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung siasatan membabitkan dakwaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim terhadap Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.















