isu 3R kerajaan tebuk atap
Mohd Puad Zarkashi
KUALA LUMPUR – “Kenapa lama sangat. Sudah satu bulan,” tanya Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi.
Pertanyaan itu dibuat selepas Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan belum menerima laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung siasatan membabitkan dakwaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim terhadap Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dakwaan itu berkaitan tuduhan bahawa Muhyiddin mempertahankan pemberian subsidi RON95 kepada warga asing.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu mendakwa, jawapan yang dibuat oleh Fahmi ada dua kemungkinan.
Satu, bukti itu tidak wujud atau MCMC tidak cekap buat kerja, dakwa Puad.
“Semoga penantian bahan bukti itu tidak perlu ditunggu sampai satu tahun macam kisah titah adendum.
“Minta maaf sajalah termasuk mesti ada pihak yang kena minta maaf kerana menyorok titah addendum,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast