Gempa bumi kedua di Batu Pahat direkodkan di Sri Medan, petang semalam - Foto MetMalaysia

BATU PAHAT – Gempa bumi lemah terbaharu direkodkan di Sri Medan, Parit Sulong, di sini, petang tadi menjadikannya gegaran kelapan sejak kejadian pertama di Segamat pada 24 Ogos lalu.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi laman web memaklumkan, gegaran lemah bermagnitud 2.9 itu berlaku kira-kira 10 kilometer dari barat daya Yong Peng.

Menurut MetMalaysia, gempa berkenaan berpusat pada koordinat 1.95 darjah utara, 102.9 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer.

“MetMalaysia akan terus memantau keadaan dan perkembangan gempa bumi tersebut,” menurut MetMalaysia.

Terdahulu, lima gegaran direkodkan di Segamat bermula dengan kejadian pertama pada pukul 6.13 pagi, 24 Ogos lalu dengan magnitud 4.1; pukul 8.59 pagi, Rabu (3.2); pukul 7.56 malam, Khamis (2.5); pukul 4.24 pagi, Jumaat (3.4) dan pukul 7.29 pagi, Sabtu (2.7).

Pada 24 Ogos, satu gegaran turut direkodkan di Yong Peng, 28 kilometer barat laut Kluang dengan magnitud 2.8.

Sementara itu, gegaran bermagnitud 3.0 berlaku di Semerah, Batu Pahat pada pukul 1.57 petang Ahad lalu, menurut mesej pemberitahuan Google.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast