Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil bercakap kepada wartawan ketika sidang media di Kementerian Komunikasi, Putrajaya. Foto HARI ANGGARA, 25 JULAI 2025.

PUTRAJAYA – Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN) telah diarahkan untuk mengambil langkah perlu dalam meningkatkan aspek kawalan keselamatan Raja-Raja Melayu.

Jurucakap Kerajaan, Datuk Ahmad Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet, pagi tadi, susulan insiden yang menimpa Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, 31 Ogos lalu.

“Kementerian Dalam Negeri telah diminta untuk meneliti aspek-aspek mempertingkat keselamatan terutama bagi Raja-raja supaya tidak berlaku apa-apa keadaan yang tidak diingini,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya, hari ini.

Menurut Fahmi, kerajaan memandang serius kejadian itu dan akan memastikan langkah segera diambil bagi mengelakkan ia berulang.

Minggu lalu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dilaporkan berdepan cubaan serangan ketika baginda menghadiri sambutan rasmi Hari Kebangsaan Peringkat Perak di Ipoh, Perak.

Suspek dipercayai seorang wanita tempatan berjaya ditahan oleh pasukan keselamatan diraja sebelum sempat mendekati baginda.

Wanita yang mempunyai rekod rawatan psikiatri itu ditahan pengawal keselamatan bertugas selepas masuk melalui tepi pentas ketika lagu kebesaran negeri Perak berkumandang.

Ketua Polis Ipoh Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, Majistret Wardah Nabilah Mohd Abd Wahab mengeluarkan reman bermula hari ini hingga hari ini. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Polis tahan wanita dekati, cuba datang kecederaan Sultan Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast