JAKARTA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto berlepas ke Beijing pada malam Selasa selepas menangguhkan perjalanannya ke China atas jemputan Presiden Xi Jinping berikutan pertimbangan domestik.
Pesawat yang membawa Prabowo berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Halim Perdanakusuma sekitar jam 10 malam waktu tempatan dengan rombongan terhad.
Setiausaha Negara, Prasetyo Hadi berkata Prabowo membuat keputusan untuk berangkat ke Beijing malam tadi bagi mengekalkan hubungan baik dengan China dan dijadualkan pulang ke tanah air malam ini.
“Jemputan Presiden Xi ditetapkan pada 31 Ogos, namun Presiden Prabowo menangguhkan keberangkatannya selepas mengambil kira keadaan dalam negara,” katanya dalam satu kenyataan.
Beijing menjemput presiden untuk menghadiri acara memperingati ulang tahun ke-80 dan perbarisan ketenteraan.
Prabowo dijangka bertemu beberapa pemimpin dunia, termasuk Xi, sepanjang lawatan itu yang diharap dapat membawa hasil positif kepada hubungan Indonesia-China, tambah Prasetyo.
— BERNAMA
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast
















