Mayat mangsa ditemui di kawasan parkir oleh orang awam.

BAYAN LEPAS – Seorang wanita yang berpakaian watak anime, Korumi Tokisaki ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 28 sebuah kondominium di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.20 malam itu, penduduk mendakwa terdengar dentuman kuat sebelum menemui mangsa dalam keadaan tidak bernyawa di kawasan parkir.

Akibat hentakan kuat, jasad mangsa berusia 34 tahun itu dilaporkan hancur di lokasi kejadian sebelum pasukan bomba dipanggil untuk membantu membersihkan kawasan tersebut.

Mangsa dilihat bersama seorang wanita pada sebelah petang sebelum ditemui maut.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam ketika dihubungi MalaysiaGazette mengesahkan mangsa dipercayai tertekan akibat ditinggalkan kekasih selain dikatakan sedang mengandung lima bulan.

“Kes diiklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast