Anjing yang dipercayai mencederakan seorang kanak-kanak di Taman Megah, Batu 9, Cheras Rabu lalu. Ihsan Foto : Orang awam

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mengesahkan anjing yang menyerang seorang kanak-kanak di Taman Megah, Batu 9, Cheras baru-baru ini tidak mempunyai pemilik dan merupakan anjing liar.

Menurut kenyataan, haiwan tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk tindakan lanjut selepas pihak berkuasa tempatan itu mengeluarkan surat pemakluman rasmi.

Manakala Kanak-kanak berusia enam tahun yang cedera akibat serangan itu kini masih dirawat di Wad Kanak-kanak Hospital Putrajaya.

Anjing terbabit berjaya ditangkap menerusi pasukan Unit Tangkapan Anjing Terbiar yang digerakkan ke lokasi sejurus kejadian berkenaan tular di media sosial.

Anjing itu telah menyerang seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang pada ketika itu sedang bermain basikal kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner, Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan dari abang mangsa berusia 20 tahun pada pukul 11.41 malam hari yang sama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast