Kredit: FB DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

KOTA KINABALU – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga lima penuntut Institut Kemahiran MARA (IKM) Kota Kinabalu yang maut dalam nahas di Jalan Sulaman berhampiran Pusat Latihan Rela, Tuaran hari ini.

Beliau berkata dalam insiden pada kira-kira 2 petang itu, semua pelajar lelaki berusia 20 tahun terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kenderaan jenis Toyota Wish yang dinaiki mereka terbabit dalam nahas.

“Difahamkan semua mangsa yang tersepit dalam kenderaan dikeluarkan oleh pasukan bomba,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Menerusi hantaran berkenaan, Asyraf Wajdi turut memuat naik foto serta nama pelajar yang terkorban iaitu Mohammad Ikhwan Kurniawan, Harianto Anuar, Danial Sarag, Mohamad Zuhaikal dan Neil Stanley Pletinie.

Asyraf Wajdi berkata beliau telah meminta Pengarah MARA Sabah dan pengurusan IKM Kota Kinabalu menghubungi keluarga pelajar berkenaan dengan segera serta membantu segala keperluan selain mempermudah urusan jenazah mereka.- BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast