KUALA LUMPUR – Tidak sangka Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh terperanjat dan rasa malu, sindir Datuk Mohd Puad Zakarshi.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu mendakwa, Mahyuddin mengakui dalam grup whatsapp Majli Pimpinan Tertinggi Bersatu yang beliau rasa malu dan “tidak boleh tidur” apabila berlaku kekecohan di Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu kelmarin.
Apatah lagi, insiden itu berlaku di hadapan 2,000 orang sahaja yang merupakan penyokong sendiri.
Artikel berkaitan: Insiden kekecohan boleh jadi `api dalam sekam’ yang membakar Bersatu – Pemerhati
Muhyiddin akan dapatkan maklumat lengkap insiden kekecohan ketika ucapan dasar
Perkataan ‘mamba dan mambang’ cetus kekecohan, MP saling berbalas sindiran
“Mambar Kurang Keras” “Bukan Mambang” Cetuskan Kekecohan Di Dewan Rakyat
Dakwa Puad, rupanya Muhyiddin berjiwa kecil.
“Tapi apakah Muhyiddin akan turun? Sudah tentu tidak. Dia kata itu tidak berperlembagaan. Justeru janganlah bising jika PMX tidak turun walaupun 500,000 orang berhimpun di KL.
“Sebab itu jangan suka suka paksa orang letak jawatan kalau tidak ikut Perlembagaan. Bila perwakilan yang suruh turun bisanya lebih sakit dari tindakan CikguBard merotan patung PMX,” bidas Puad. – MalaysiaGazette
















