Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan berhubung aset milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih diteruskan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata pihaknya kini dalam proses mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa di United Kingdom (UK) bagi melengkapkan siasatan berkaitan aset berkenaan.















