Mayat seorang lelaki warga Myanmar ditemukan dalam sebuah longkang berhampiran rumah pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan Padang Keladi, Durian Tunggal, Alor Gajah, petang semalam.

 

ALOR GAJAH – Lelaki Myanmar yang ditemukan mati dalam longkang disyaki akibat terkena renjatan elektrik di Jalan Padang Keladi, Durian Tunggal di sini, petang semalam dipercayai cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Azrul Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan awam pada jam 2.14 petang mengenai seorang lelaki terbaring tidak sedarkan diri dalam longkang bersebelahan Rumah Kuasa TNB.

“Siasatan awal, kita percaya si mati yang merupakan pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) berusia 29 tahun cuba mencuri kabel elektrik.

“Ini berikutan pintu pagar Rumah Kuasa milik TNB didapati terbuka dan terdapat kabel-kabel yang sudah dipotong,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Malah, pemeriksaan lanjut pada tubuh mangsa tiada sebarang unsur jenayah.

“Setakat ini, kita juga belum menemui petunjuk lain termasuk sama ada si mati diupah pihak ketiga untuk mencuri kabel dan kes masih dalam siasatan

“Insiden diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat,” katanya – MalaysiaGazette

Mayat lelaki terkena renjatan elektrik ditemukan dalam longkang

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast