Jimmy Puah menyerahkan replika cek RM70,000 kepada guru di SMK Sungai Tiram, Ulu Tiram, Johor Bahru hari ini

JOHOR BAHRU – Sejumlah RM141,000 diperuntukkan kepada tiga buah sekolah di Parlimen Tebrau bagi menaik taraf kemudahan asas dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan moden.

Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse berkata, peruntukan tersebut disalurkan selepas beliau turun padang melawat dan melihat keperluan tiga sekolah berkenaan hari ini.

“Peruntukan tersebut disalurkan kepada Madrasah Alattas Alarabiah Johor yang melibatkan RM16,000, Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Tiram sebanyak RM55,000 dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Tiram pula RM70,000.

“Peruntukan ini akan digunakan untuk pemasangan alat penghawa dingin, papan pintar dan televisyen pintar sebagai kemudahan pembelajaran tambahan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau percaya pendidikan merupakan pelaburan paling berbaloi dengan setiap sen yang disalurkan kepada sekolah adalah demi masa depan generasi akan datang.

Katanya, apabila pelajar dapat belajar dalam suasana yang lebih baik dan guru-guru dapat mengajar dengan lebih efektif, maka itu merupakan hasil usaha bersama-sama.

“Terima kasih kepada pihak sekolah, para guru dan ibu bapa atas kerjasama serta sokongan yang diberikan. Masa depan Tebrau terletak di tangan anak-anak ini,” katanya.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast