KUALA LUMPUR – Leong Jun Hao meraih kemenangan pertamanya dalam empat pertembungan dengan pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia di Terbuka Hong Kong, sebentar tadi.
Jun Hao, 26, menunjukkan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 jalan keluar seawal pusingan pertama selepas menang 21-16, 21-16 dalam tempoh 40 minit di Hong Kong Coliseum.
Jun Hao yang berada di ranking ke-23 dunia manakala Zii Jia baru kembali daripada rehat panjang susulan cedera buku lali ketika menyertai Seluruh England pada Mac lalu
Kali terakhir Zii Jia mencatat kemenangan ke atas Jun Hao adalah di suku akhir Terbuka Artik 2023.
Jun Hao selepas ini dijadual bertemu sama ada pemain Perancis, Toma Junior Popov ataupun rakan sepasukan Justin Hoh di pusingan kedua nanti. – Agensi
















