GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyeru orang ramai untuk membebaskan diri daripada pergantungan terhadap plastik yang didakwa toksik serta mengancam kesihatan manusia dan alam sekitar.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, plastik bukan bahan lengai kerana mengandungi pelbagai bahan tambahan berbahaya yang boleh meresap ke dalam makanan, minuman dan udara yang dihirup setiap hari.

Katanya, persepsi plastik selamat sepenuhnya adalah tidak benar memandangkan bahan kimia di dalamnya mendatangkan risiko besar kepada manusia selain mencemarkan alam sekitar.

“Di peringkat global, kurang daripada 10 peratus sisa plastik sebenarnya dikitar semula. Tanggapan umum yang salah ialah semua plastik boleh dikitar semula tanpa mengira jenis atau keadaannya.

“Bersempena sambutan itu CAP akan menganjurkan acara perkongsian benih selain demonstrasi cara kehidupan lestari termasuk penggunaan daun pisang sebagai pembungkus, memasak dengan bahan semula jadi serta menghasilkan penyapu dan syampu daripada sumber semula jadi,” katanya dalam kenyataan sempena Minggu Tindakan Hijau (GAW) 2025.

Tambah beliau, program tersebut akan berlangsung pada 13 September di pejabat CAP bagi memberi panduan mudah dan praktikal kepada orang ramai untuk mengurangkan penggunaan plastik dalam kehidupan seharian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast