Kepala seorang lelaki warga emas yang hilang selepas dibaham buaya ketika mandi di jambatan sungai berhampiran Kampung Siang-Siang Laut, Terusan, Lawas ditemui lewat malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak berkata, kepala mangsa dijumpai penduduk kampung kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang.















