Kedudukan Peguam Negara terdedah kepada syak wasangka apabila beliau membuat keputusan terhadap siasatan jenayah terutama kes berprofil tinggi contohnya yang melibatkan anggota Jemaah Menteri.
Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar berkata, ini kerana tugas Peguam Negara turut memerlukannya memberikan nasihat perundangan kepada kerajaan atau mana-mana menteri dalam melaksanakan tugas berkaitan undang-undang.















