Xinhua previously said, 84 people were taken to hospital for treatment following the blast.

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja pemasang kabinet dapur maut selepas terjatuh dari tingkat enam pada ketinggian kira-kira 23.1 meter di sebuah tapak pembinaan di Ampang, Selangor semalam.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu melibatkan mangsa merupakan lelaki bukan warganegara sekitar jam 10.15 pagi.

“Sebaik menerima maklumat itu, kita telah menghantar pegawai penyiasat ke lokasi untuk menjalankan siasatan awal dan mendapati mangsa adalah pekerja sub kontraktor.

“Mangsa ditugaskan untuk mengalihkan barang bagi aktiviti kerja ‘skim coat’ dan akibat itu, mangsa terjatuh dari tingkat enam ke bawah bawah di ‘passanger hoist pit’.

“Mangsa disahkan maut di tempat kejadian dan telah dibawa ke Hospital Ampang untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, pihaknya mengeluarkan Surat Arahan Larangan Kacau Ganggu di lokasi kejadian kepada majikan untuk menghentikan serta-merta aktiviti di tempat tinggi sehingga siasatan selesai dijalankan.

“Notis larangan juga dikeluarkan untuk memasang pengadang di ‘landing platform’ dan membaikpulih kerosakan pada pagar pencegah penceroboh.

“Siasatan lanjut sedag dijalankan untuk mengenal pasti punca kemalangan mengikut Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast