Salah sebuah kereta yang dirempuh bas ekpres hilang kawalan di lebuhraya KLK kelmarin

KUANTAN – Seramai 39 penumpang sebuah bas ekspres berdepan detik cemas apabila bas dinaiki mereka hilang kawalan dan merempuh tiga buah kenderaan di kilometer 47 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) menghala ke Bentong kelmarin.

Salah sebuah kereta yang dirempuh bas ekpres hilang kawalan di lebuhraya KLK kelmarin

Ketua Polis Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang Jumaat lepas.

“Siasatan awal pihak polis mendapati kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres membawa 39 orang penumpang dari Terminal Bersepadu Gombak menghala ke Raub.

“Apabila sampai di tempat kejadian, bas ekspres itu hilang kawalan lalu meremput tiga buah kenderaan” katanya.

Menurut Zaiham, kemalangan itu bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Beliau turut menyeru mana-mana pihak yang menyaksikan kejadian tersebut diminta tampil untuk membantu siasatan pihak polis.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman klip video papan pemuka (dashcam) dipercayai daripada sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda yang dirempuh bas berkenaan dari belakang di lokasi terbabit. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast