Rekahan dikesan di laluan FT008, Seksyen 348.10 350.20, Jalan Gua Musang.

KUALA LUMPUR – Jabatan Kerja Raya Jajahan Machang menutup laluan FT008, Seksyen 348.10 350.20, Jalan Gua Musang, Kota Bharu di kedua-dua arah kepada semua jenis kenderaan susulan rekahan jalan dikesan akibatmendapan yang semakin teruk.

Keadaan ini berpotensi membahayakan keselamatan pengguna jalan tersebut sekiranya terus digunakan.

Sehubungan itu, langkah penutupan ini dilaksanakan bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.

JKR Jajahan Machang berkata, papan tanda pemberitahuan akan dipasang di lokasi laluan bagi panduan pengguna jalan raya.

Sehubungan itu, semua pengguna dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif yang dicadangkan yang lebih selamat sepanjang tempoh penutupan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast