Allahyarham Zara Qairina Mahathir

KOTA KINABALU – Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa Noraidah Lamat tetap enggan membenarkan proses bedah siasat dijalankan ke atas jenazah anaknya, Zara Qairina Mahathir meskipun kepentingan prosedur itu telah dijelaskan beberapa kali kepada beliau.

Dr Logaraj Ratha, yang menjalani latihan luar kampus di Jabatan Perubatan Forensik (Mortuari) Hospital Queen Elizabeth sejak Jun tahun lepas berkata, penerangan telah diberikan kepada wanita itu sebelum, semasa dan selepas beliau menandatangani Surat Akuan Enggan Bedah Siasat Mayat Atas Kemahuan Sendiri.

“Segala butiran dalam surat akuan itu diisi oleh ibu mangsa sendiri, dan saya berada bersamanya ketika itu,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fairuz Johari selaku Pegawai Pengendali inkues berhubung kematian remaja itu.

Mohd Firdaus: Berapa kali kamu memberitahu tentang kepentingan bedah siasat kepada Puan Noraidah Lamat?

Dr Logaraj: Saya menerangkan dua kali sebelum beliau menandatangani surat itu… dan saya juga menerangkan beberapa kali semasa serta selepas beliau menandatangani surat itu… saya masih terus bagi penerangan. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast