Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Seorang pejalan kaki maut ketika melintas jalan dilanggar sebuah bas kilang di kawasan lampu isyarat Jalan Sutera, Taman Sentosa, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru, Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kemalangan yang berlaku pada pukul 8 pagi itu melibatkan seorang wanita.

“Kemalangan tersebut dipercayai berlaku apabila sebuah bas kilang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun datang dari arah Jalan Bakar Batu menghala ke Taman Sentosa.

“Semasa masuk ke simpang sebelah kanan setelah lampu isyarat bertukar hijau, tiba-tiba seorang pejalan kaki telah melintas jalan menyebabkan bas kilang tersebut tidak sempat mengelak dan melanggarnya,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, akibat kemalangan itu mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, siasatan dijalankan bawah Seksyen 41(1) Αkta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihaknya memohon saksi awam yang melihat kejadian tersebut agar tampil ke Balai Polis Trafik Johor Bahru Selatan atau memberi keterangan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Fatihah Ismail 010-4171762. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast