Mat Lesak selepas merasmikan penutup Seminar IAS terhadap Tanaman Kelapa dan Kelapa Sawit di Pusat Pertanian Ayer Hitam, Batu Pahat, hari ini.

BATU PAHAT – Ancaman Spesies Asing Invasif (IAS) seperti kumbang Badak Guam (Oryctes Rhinoceros Biotip Guam) dan Kumbang Merah Palma (Rhynchophorus Ferrugineus) berisiko menjejaskan hasil pekebun kecil serta memberi kesan besar kepada industri komoditi negara.

Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Pengurusan dan Regulatori), Mat Lesak Ngathinee berkata, ancaman spesies asing invasif itu bukan sahaja mencabar daripada sudut biologi dan ekologi, malah membawa implikasi besar terhadap ekonomi, sosial serta alam sekitar negara.

“Tindakan pengurusan secara bersepadu perlu digalas bersama oleh semua pihak dan hanya melalui kerjasama erat antara agensi kerajaan, sektor swasta, institusi penyelidikan serta komuniti setempat akan dapat memastikan kelestarian industri kelapa dan kelapa sawit.

“Untuk itu, Jabatan Pertanian Negeri Johor dan Lemang’s Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menganjurkan seminar yang objektif utama untuk meningkatkan kesedaran terhadap ancaman spesies asing invasif yang berpotensi merencatkan delectation dua komoditi penting negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan penutup Seminar Ancaman Spesies Asing Invasif (IAS) terhadap Tanaman Kelapa dan Kelapa Sawit di Pusat Pertanian Ayer Hitam dekat sini hari ini.

Katanya, Malaysia sudah mengenal pasti 59 spesies asing invasif utama yang dinilai berdasarkan kesan terhadap ekonomi, sosial dan alam sekitar namun dua spesies itu merupakan ancaman utama kepada kelapa dan kelapa sawit.

Menurutnya lagi, daripada 11,000 hektar tanaman kelapa dengan pengeluaran sebanyak 126,700 metrik tan di Johor dan keluasan tanaman sawit berlesen di seluruh negara mencecah 5.65 juta hektar, secara keseluruhan hasilnya masih belum terjejas dan terkawal.

Ujarnya, Jabatan Pertanian melalui Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (DKBK) 2022–2030 serta National Action Plan on Invasive Alien Species 2021–2025 yang memfokuskan peningkatan kesedaran awam, penilaian risiko spesies eksotik dan pengukuhan kawalan kuarantin di pintu masuk negara.

“Penganjuran seminar ini diyakini akan menjadi pemangkin kepada perancangan strategi pengurusan IAS yang lebih tersusun, sekali gus mentioning agenda keterjaminan makanan negara dan memastikan sektor pertanian kekal mampan, lestari serta berdaya saing,” ujarnya.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast