Sebatang pokok setinggi kira-kira 15 meter tumbang menghempap sebuah khemah

KUANTAN- Seorang wanita maut, manakala dua lagi cedera parah selepas khemah mereka di tapak perkhemahan Pulau Santap, Janda Baik, di sini, dihempap pokok tumbang, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata wanita yang maut itu ditemui meninggal dunia di dalam khemah berkenaan.

Menurutnya seorang lelaki dan seorang lagi kanak-kanak lelaki cedera selepas sebatang pokok setinggi kira-kira 15 meter yang tumbang dalam tragedi tersebut.

“Pihak bomba menerima laporan kejadian itu pada jam 7.56 pagi berkaitan insiden.

“Seramai 12 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bentong bergegas ke lokasi.

“Sebaik tiba, didapati Bomba bertindak memotong pokok berkenaan dan menemui tiga mangsa di dalam khemah terbabit,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Jelasnya beliau kesemua Identiti semua mangsa masih belum dikenal pasti.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala dua yang cedera dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast