KUALA LUMPUR – Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal melangkah mara ke final Masters China 2025 selepas tewas kepada pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty di Shenzhen, Guangdong, hari ini.

Pada pertembungan separuh akhir di Shenzhen Arena itu, Aaron-Wooi Yik gagal menampilkan prestasi terbaik, menyaksikan pasangan nombor dua dunia itu mudah tumbang di tangan pilihan kelapan kejohanan, 17-21, 14-21 dalam tempoh 41 minit.

Ia merupakan kemenangan kelima Satwik-Chirag ke atas juara Terbuka Thailand dan Terbuka Singapura musim ini daripada keseluruhan 16 pertemuan mereka.

Terdahulu, beregu campuran negara yang baru merangkul gelaran juara dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menampilkan aksi bertenaga untuk menyingkirkan pasangan tuan rumah yang juga nombor satu dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping 22-24, 21-19, 21-17 untuk melangkah ke final.

Tang Jie-Ee Wei akan berdepan beregu Thailand, Decaphol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dalam cubaan mereka membawa pulang gelaran berprestij itu. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast