Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di semua lebuh raya utama di seluruh negara dilaporkan lancar setakat 9.30 pagi ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan trafik bergerak lancar di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2, serta semua lebuh raya bertol di sekitar Lembah Klang.

“Orang ramai berkemungkinan masih belum memulakan perjalanan pulang ke kediaman selepas berakhirnya cuti persekolahan pada hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Bagaimanapun, beliau berkata terdapat peningkatan jumlah kenderaan di Lebuhraya Klang Timur (EKVE) dari Hulu Langat menuju ke Ampang.

Menurutnya, sebanyak tujuh daripada 30 lorong pintar telah diaktifkan di sepanjang Lebuhraya PLUS pagi ini bagi memastikan aliran trafik kekal lancar.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast