Operasi mencari dan menyelamat warga emas dikhuatiri lemas selepas terjatuh dilakukan di jeti nelayan, Jalan Tambak-Pontian Kecil, Pontian, hari ini.

PONTIAN – Seorang warga emas dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam laut di jeti nelayan, Jalan Tambak-Pontian Kecil di sini hari ini.

Komander Operasi Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mahadir Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada pukul 12.02 tengah hari.

“Sebaik menerima panggilan tersebut, satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu bot aluminium dan dua pacuan empat roda dikejarkan ke tempat kejadian.

“Seramai 17 anggota BBP Pontian Baru dan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Kluang dihantar ke lokasi kejadian sejauh lima kilometer.

“Mangsa iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia 65 tahun dipercayai lemas ketika membuat kerja-kerja pembersihan bilah kipas bot,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, operasi mencari dan menyelamatkan mangsa masih dilakukan sehingga kini termasuk dengan bantuan PPDA.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast