Mohd Khalid Ismail

KUALA LUMPUR – Program Budi Madani RON95 (BUDI 95) bermula 27 September bagi warga Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan sahaja akan meringankan beban kos sara hidup bahkan memperkukuhkan kesejahteraan sosial dan kestabilan negara.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail yang menyifatkan langkah tersebut strategik turut berpendirian ia sebagai bukti kesungguhan kerajaan dalam memastikan bantuan sampai kepada golongan asar secara adil dan berkesan.

“PDRM percaya insiatif BUDI95 akan memberi implikasi positif kepada warga PDRM yang bertugas di seluruh pelosok negara.

“Pengurangan beban kos bahan api secara langsung dapat meningkatkan motivasi dan daya tahan anggota dalam melaksanakan amanah demi menjamin ketenteraman serta keselamatan rakyat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam masa yang sama katanya, penggunaan MyKad di stesen minyak sebagai mekanisme pengesahan kelayakan adalah usaha pendigitalan yang baik, memastikan tadbir urus subsidi telus, cekap dan lestari.

“PDRM komited untuk terus berganding bahu dengan kerajaan demi menjayakan agenda nasional, memastikan keamanan negara sentiasa terpelihara dan mengangkat martabat Malaysia di persada dunia,” ujarnya.

Pagi tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan harga petrol RON95 akan diturunkan daripada RM2.05 kepada RM1.99 seliter bermula Selasa depan.

Harga RON 95 kepada bukan warganegara adalah RM2.60, bermula tarikh yang sama.

Pelaksanaan inisiatif itu dibuat di bawah program BUDI95.

Namun sebagai penghargaan, warga polis dan tentera akan mula menikmati harga RM1.99 seliter pada hari Sabtu ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast