Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan doa bagi mengiringi misi pelayaran kemanusiaan Global Sumud Flotilla yang kini sedang berlayar di perairan antarabangsa berhampiran Greece sebelum menuju ke Gaza.
“Doa tulus daripada seluruh masyarakat mengiringi misi pelayaran kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).
“Semoga usaha ini menjadi sinar harapan buat rakyat Gaza yang sedang diuji dan menjadi saksi kepada kesatuan nurani kemanusiaan sejagat,” katanya menerusi hantaran di Facebook, malam ini.
Terdahulu media melaporkan GSF kini memasuki fasa paling penting dan disifatkan detik penentu keseluruhan gerakan itu dalam tempoh seminggu ini.

Pengasas Cinta Salam Malaysia (CSM) Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman yang menyertai misi itu berkata kapal GSF kini menuju ke perairan berkenaan untuk berkumpul dengan kapal-kapal lain, yang turut serta dalam misi itu.

Beliau yang menaiki kapal ALMA dalam misi bantuan itu berkata kapal berkenaan dijangka tiba di kawasan berhampiran Greece dalam masa dua hari lagi. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Misi Global Sumud Flotilla kini masuk fasa terpenting, detik penentu

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast