KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak mengehadkan pembelian RON95 sekali sehari.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan berkata, walaupun kerajaan sedang meneliti langkah untuk mengelakkan penyalahgunaan subsidi RON95, BUDI MADANI RON95 dilaksanakan dengan hasrat untuk memastikan keperluan harian rakyat Malaysia dapat dipenuhi.

“Had pembelian sekali sehari jelas tidak selaras dengan tujuan tersebut,” kata kenyataan malam ini.

Kenyataan dibuat merujuk kepada beberapa artikel media yang telah melaporkan secara tidak tepat bahawa kerajaan akan mengehadkan pembelian RON95 kepada sekali sehari.

MoF menjelaskan bahawa kerajaan sama sekali tidak mempunyai rancangan untuk berbuat demikian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast