Ketua AMK Johor
Faezuddin Mohd Puad

JOHOR BAHRU – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor menyelar laporan mendakwa kerajaan mengeluarkan peraturan rasmi hanya boleh isi RON95 bersubsidi sehari sekali susulan pengumuman harga baharu RON95 yang berkuat kuasa 30 September ini.

Ketuanya, Faezuddin Puad berkata, laporan itu tidak benar dan apa yang betul adalah kerajaan mempunyai perancangan untuk mewujudkan mekanisme bagi mengenal pasti salah guna subsidi RON95.

Fakta sebenar katanya, boleh merujuk kepada kenyataan Menteri Kewangan II, Senator Amir Hamzah hari ini iaitu tidak akan membenarkan mereka yang buat banyak kali penggunaan petrol subsidi dalam sehari.

Jelasnya, Amir memaklumkan kerajaan mempunyai rekod lengkap penggunaan termasuk jumlah isian petrol yang dibuat oleh individu dalam sehari atau sebulan.

Menurutnya, ini sekali gus membolehkan pemantauan selepas pelaksanaan dibuat dan kerajaan akan terangkan mengenainya nanti.

“Matlamatnya adalah untuk memastikan subsidi berkenaan benar-benar dinikmati oleh rakyat yang layak dan bukannya pihak lain termasuk warga asing atau pihak yang mahu mengambil kesempatan.

“Saya tak nampak dalam kenyataan Menteri Kewangan II kata “isi minyak hanya sehari sekali?” Ingat kerajaan tak cerdik macam walaun atau pemimpin walaun ke?

“Harap portal berkenaan dapat perbetulkan kenyataan dan tajuk berita yang tak betul ini, kemudian minta maaf.

“Kalau tidak, minta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ambil tidakan tegas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu sebuah portal memaparkan tajuk RON95 RM1.99 Seliter-Had isi minyak hari sehari sekali.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast