Seorang individu rentung dipercayai terperangkap dalam kereta yang terbakar di pantai Kampung Sungai Lurus, Batu Pahat, hari ini.

BATU PAHAT – Seorang individu rentung dipercayai terperangkap dalam kereta yang terbakar dalam kejadian di pantai Kampung Sungai Lurus dekat sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rengit, Pegawai Bomba Kanan I, Fadzil Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 4.51 petang yang jaraknya 31 kilometer.

Susulan itu, katanya, seramai lapan anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian pukul 5.11 petang

“Apabila pihak bomba hampir sampai ke tempat kejadian, jentera tidak dapat masuk ke persisir pantai kerana jalan sempit. Anggota terpaksa meneruskan perjalanan menggunakan motosikal awam sejauh dua kilometer,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, semasa berjaya sampai didapati seorang mangsa berada dalam kereta yang terbakar.

Pihaknya memulakan operasi dengan mengambil air dari sungai menggunakan baldi untuk memadam kebakaran.

Kebakaran tersebut, katanya, dapat dikawal pasa pukul 5.55 petang dan sehingga kini operasi masih belum selesai sepenuhnya.

Siasatan masih dijalankan termasuk punca kejadian dan identiti mangsa.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast