Harry Montague.

LONDON – Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), West Ham United mengesahkan pemain mudanya, Harry Montague boleh mewakili Malaysia.

Menerusi kemas kini laman web rasmi kelab, pemain pertahanan berusia 16 tahun itu dikategorikan kerakyatan Inggeris-Malaysia.

Dalam biografi pemain itu, West Ham menjelaskan Montague merupakan pertahanan tinggi lampai dan merupakan produk B-9 akademi mereka.

Dia melakukan penampilan B-18 pertamanya ketika menentang Arsenal pada Januari lalu.

Pada Julai lalu, kelab EPL itu turut mengumumkan bahawa Montague bersama 10 pemain lain merupakan penerima biasiswa sepenuh masa akademi mereka. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast