YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa pertemuan bersama Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) yang diketuai oleh Jamieson Greer di Putrajaya. Semasa sesi pertemuan tersebut, YAB Perdana Menteri juga sempat mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Donald Trump. 25 September 2025. FATH RIZAL/Pejabat Perdana Menteri. NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This handout videos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous i

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) perlu memuktamadkan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas yang kini masih dalam proses rundingan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu antara yang dibincangkannya bersama Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR), Jamieson Greer yang mengadakan kunjungan hormat pagi tadi.

“Dalam pertemuan ini kami bertukar pandangan berkaitan hubungan strategik kedua-dua buah negara serta ASEAN terutamanya dari perspektif perdagangan.

“Saya tegaskan akan kepentingan Malaysia dan Amerika Syarikat memuktamadkan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas yang sedang dirundingkan hatta ini akan turut dapat mendorong ketentuan arah tuju dasar serta perancangan komuniti perniagaan kedua-dua buah negara,” katanya menerusi kenyataan yang disiarkan di Facebook.

Jelasnya, Malaysia sebagai negara yang mengamalkan ekonomi terbuka sentiasa menjalin hubungan baik dengan semua rakan dagang yang lain.

Katanya, ia akan dapat mendorong pertumbuhan ekonomi domestik yang mapan.

Terdahulu katanya, Greer dan delegasinya mengadakan kunjungan hormat sempena kehadiran mereka ke Mesyuarat Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) Ke-57 dan mesyuarat berkaitan yang berlangsung di Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast